Free Hosting : Credit & Debt : Free Web Hosting : Best Credit Cards  

JAM/QSM Homepage

Topic/Topik
Introduction/ Pengenalan
Biographical Data  /Biodata
Pearl of Wisdom/ Mutiara Hikmah
Politics/Politik
Economy/Ekonomi
Science/Sains
Religion/Agama
Criticism/Kritikan
Philosophy/Falsafah
General/Umum
News/Berita

 

PERTUBUHAN JEMAAH AL-QURAN MALAYSIA

Pengenalan Ringkas

Jema`ah Al-Quran Malaysia, atau ringkasnya JAM, telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang beragama Islam di Malaysia pada 11 Jun, 1995 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya, Al-Quran. Muqaddimah Perlembagaan JAM mengisytiharkan seperti berikut:

"Kami yakin bahawa sangatlah penting bagi umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia tampil ke hadapan untuk memikul tanggungjawab "umat pertengahan" untuk memimpin manusia keluar dari kegelapan zaman jahiliah kini ke suatu zaman kebangkitan yang terang. Pada saat keruntuhan kedua-dua ideologi dan sistem yang telah menguasai dunia selama tujuh dekad, Islam akan muncul semula untuk mengambil tempatnya yang sah dalam kehidupan manusia, seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan dalam Quran. Tetapi, sistem Islam yang bakal menggantikan sistem-sistem ini ialah Islam yang berdasarkan ajaran-ajaran Ilahi yang telah disempurna dan dilengkapkan dalam Quran.

"Untuk mencapai tujuan agung ini, maka kami rakyat Malaysia yang sedar akan tanggunjawab kami bergabung tenaga untuk menubuhkan pertubuhan yang kami namakan Jema`ah Al-Quran Malaysia.

"Walaupun kami menyeru umat Islam dan umat manusia kembali kepada ajaran Quran, kami pewaris yang sah bagi semua tamadun dan kami menerima warisan-warisan yang baik yang selaras dan tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Quran."

Oleh kerana halangan undang-undang, JAM tidak dapat bergerak seperti pertubuhan-pertubuhan lain. Dalam masa dua tahun lebih ini, aktivitinya terbatas kepada kumpulan-kumpulan diskusi mengkaji ajaran-ajaran Islam berdasarkan Quran dan kepada menghasilkan siaran-siaran berkala melalui artikel-artikel dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga siaran-siarannya sendiri. Dalam laman ini, kami akan menyiarkan artikel-artikel yang penting dari koleksi ini.

Kami juga akan menyiarkan semula siaran dwi-bulanan kami Iqra’ serta menerbitkan risalah-risalah tentang tajuk-tajuk yang penting dari semasa ke semasa.