|
|
40 PRINSIP BIMBINGAN HIDUP Kami telah
merumuskan perintah-perintah Tuhan dalam Al-Quran kepada 40 prinsip serta
menyusunnya mengikut tertib keutamaan yang ditunjukkan oleh Tuhan Sendiri
supaya orang muslim dan mukmin dengan mudah boleh mengatur kehidupan
mereka mengikut acuan ini dan mencapai kejayaan. Nombor-nombor dalam
kurungan merujuk kepada ayat-ayat suci yang mengajar prinsip itu. 1.
Berimanlah
kepada Tuhan, lakukan kebaikan, dan bertawakal kepada-Nya . (2:62, 112;
11:123) 2.
Sembahlah
Tuhan saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau sesuatu apapun. (17:22-23) 3.
Hormati dan
muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17:23-24) 4.
Serukan
kebaikan dan larang kejahatan. (3:104) 5.
Cintailah
Tuhan lebih daripada segala-galanya dan berjuanglah di jalan-Nya, yakni di
jalan keadilan dan kebenaran, dengan harta-benda dan jiwa-raga, dan jangan
takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada Tuhan. (4:75; 9:111; 5:44;
33:37, 39) 6.
Lakukan
sembahyang dan ibadah-ibadah lain, tanpa bertengkar tentang kaedah,
keluarkan zakat dan ingatlah Tuhan selalu. (98:5; 22:67; 29:45) 7.
Bertindak adil,
jangan lakukan kejahatan, dan hukumlah mengikut undang-undang Ilahi, yakni
berdasarkan keadilan, kebenaran dan kerahiman. (4:58, 135; 5:8;
7:28-29; 5:44) 8.
Taatilah
pemimpin yang adil, hormati, muliakan dan sokong mereka, tetapi jangan
dewakan mereka. Pemimimpin pula mestilah menjaga kebajikan pengikut serta
menggalakkan mereka. (4:59; 33:56; 9:30-31; 9:103) 9.
Jadilah insan
yang aktif, dinamik, kreatif dan berani. (2:30-34; 4:75-77; 15:28-30) 10.
Amalkanlah
sikap merendah diri, jangan membesarkan diri atau sombong. (2:54;
25:43; 17:37) 11.
Beri salam
kepada semua orang, layani semua dengan baik dan jangan gunakan bahasa
kesat. (4:86; 2:83; 4:148) 12.
Pegang teguh
kepada prinsip, tetapi jangan taksub kepada kaedah. (2:67-71, 142;
3:103; 5:54; 22:67) 13.
Utamakan
perhitungan moral, tetapi jangan abaikan kepentingan material yang sah. (28:77) 14.
Selamatkan
nyawa dan jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan. (17:33) 15.
Jangan bunuh
kerana takutkan kemiskinan. (17:31) 16.
Jangan amalkan
riba, tetapi amalkan sedekah. (2:275-80) 17.
Hendaklah
berlaku jujur dan saksama dalam semua urusan kewangan dan ekonomi. (6:152) 18.
Amalkan kaedah
perundingan untuk menyelesaikan masalah. (3:159; 42:38) 19.
Jangan terima
maklumat yang tidak sahih. (17:36) 20.
Dengar semua
pendapat dan ikut yang paling baik. (39:18) 21.
Bacalah untuk
mengetahui, tetapi bacalah dengan kritikal. (96:1-5) 22.
Bersatulah dan
jangan berpecah-belah. (3:103; 6:159; 61:4) 23.
Tunaikan janji.
(17:34) 24.
Jangan lakukan
rasuah. (2:188) 25.
Jangan makan
harta anak-yatim. (17:34) 26.
Jangan boros
dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17:26-29) 27.
Bersedekahlah
kepada sanak-saudara, fakir-miskin dan jalan kebaikan. (9:60; 17:26) 28.
Jangan ceroboh
dan pertahankanlah diri kamu dari pencerobohan. (7:33; 42:39) 29.
Orang mukmin
itu bersaudara dan perdamaikanlah saudara. Elak daripada syak-wasangka,
intip-mengintip dan kata-mengata antara mukmin. (49:9-10, 12) 30.
Tekunlah
mengerjakan pekerjaan baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan
kesusahan. Kejayaan hanya datang selepas kesusahan. (2:45, 177; 94:5-8) 31.
Gunakanlah
akal dan contoh sejarah untuk memahami dan melaksanakan perintah-perintah
Tuhan. (7:179; 8:22; 10:100; 12:111; 3:137) 32.
Bercakap benar.
Jangan bohong, walaupun muslihat disahkan terhadap musuh. (8:7-8;
25:72; 33:70; 12:70-81) 33.
Berkahwinlah
sesama mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina. (5:5;
30:21; 17:32) 34.
Bekerjasamalah
pada jalan kebaikan; jangan bekerjasama pada jalan kejahatan. (5:2) 35.
Makan dan
minumlah dengan sederhana (7:31) 36.
Elak arak dan
judi. (2:219) 37.
Pakailah
pakaian yang sopan. (24:30-31) 38.
Jadilah
seorang pengampun dan pemaaf. (42:40, 43) 39.
Jangan
persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49:11) 40.
Jangan tanya
tentang perkara-perkara kecil dan tidak berfaedah. (2:67-71; 5:101-02;
22:67) Pertama
disusun pada 31 Januari, 1995 |