|
|
Biodata Ketua JAM
Latarbelakang
Keluarga
Latarbelakang
Pendidikan Setelah melalui
kehidupan yang susah, ibu-bapanya mahu anak sulung mereka berjaya. Oleh
kerana dia seorang murid yang rajin dan pintar, Kassim dengan senang
memperoleh pujian daripada guru-gurunya di sekolah-sekolah rendah dan
menengah dan diberi jawatan-jawatan dalam sekolah. Tetapi di akhir
persekolahannya, minatnya yang kuat dalam politik menukar dia menjadi
seorang belia radikal yang kemudian memegang jawatan pengerusi kebangsaan
Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan mendaratkannya dalam jel selama hampir
lima tahun. Walau
bagaimanapun, keintelektualannya dan cintanya kepada sastera menjadikan
dia seorang penyair dan penulis yang terkenal, walaupun yang kontroversi.
Minatnya yang baru dalam Islam sejak kira-kira 1972 sebagai pemikiran
falsafah dan politik saintifik membuat dia tidak selesa dengan jawatan
pengerusi parti itu. Dia meninggalkan jawatan itu pada 1984. Memasuki UMNO
pada 1986, beliau cuba membawa reformasi ke dalam parti itu, tetapi gagal,
dan beliau meninggalkan politik aktif sejak 1992. Kerjaya
dan Penerbitan
Setelah
meninggalkan Universiti, Kassim bekerja sebagai pegawai penyelidik di
Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur dan kemudian memegang jawatan
pensyarah di Pusat Pengajian Timur dan Afrika ( London School of
Oriental and African Studies), Universiti London, di London selama empat
tahun. Pulang ke tanah air, beliau mengajar di sebuah sekolah menengah di
Pulau Pinang. Kerana beliau seorang yang berjiwa bebas dan tidak terlalu
suka mengikut undang-undang yang menekan, perkhidmatan beliau
ditamatkan pada 1969 kerana menyibarkan risalah parti kepada anak muridnya.
Beliau menjadi penulis bebas, wartawan dan guru bebas setelah itu hingga
sekarang. Minat Kassim dalam bidang-bidang politik, falsafah dan agama
memperkenalkannya kepada gerakan politik-falsafah LaRouche di Amerika
Syarikat, kepada Parti Baath dan Saddam Hussein di Iraq dan kepada
Allahyarham sarjana Mesir yang bermustautin di A.S. dan berpusat
di Tucson, Arizona, Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah menghadiri
konferensi-konferensi yang dipanggil oleh pertubuhan-pertubuhan ini. Minat Kassim
luas. Sastera, politik, falsafah dan agama – inilah minat-minatnya yang
besar, dan beliau telah menulis buku dan esei tentang tajuk-tajuk ini.
Beliau telah dianugerah ijazah kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 1985 dan Anugerah Penyair Gabungan
Penulis-penulis Nasional (GAPENA) pada 1987. Karya-karyanya
termasuk buku-buku tentang teori sosial Islam (1984), tentang Hadis
(1986), tentang penahanan politiknya (1983) dan beberapa antologi esei
politik dan sastera serta sebuah antologi sajak (1967). Beliau telah
menerbitkan dua buah esei falsafah yang penting, sebuah kritikan terhadap
Marxisme (Dewan
Bahasa, Disember
1975) dan tentang bermaknanya kehidupan
(Pemikir,
Oktober-Disember, 1997) Beliau
juga telah mengedit beberapa karya klasik Melayu. Kebanyakan karya beliau
dalam bahasa Melayu. Bukunya tentang Hadis, yang mendapat sambutan hangat
bila mula-mula terbit dan yang telah menyebabkan beliau dicap "murtad"
oleh beberapa kalangan agama, telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa
Arab dan Inggeris (1997). Belia sekarang sedang mengerjakan sebuah
terjemahan Quran ke dalam bahasa Melayu, sebuah riwayat hidup beliau dan
sebuah edisi baru bagi karya besar Abdullah Munsyi, Hikayat
Abdullah, di
samping memimpin Jema`ah Al-Quran Malaysia (sejak 1995) dan Kopeasi Pelaut
Pulau Pinang, sebuah koperasi pekerja-pekerja Melayu di Pelabuhan P.Pinang
(sejak 1997). Kassim suka
memulakan kerjanya awal pagi pada pukul 3.0 dan tidur pukul 9.30 malam
setelah bekerja antara 12 hingga 15 jam. Kerapkali beliau bekerja tujuh
hari seminggu. Keluarga
dan Kawan-kawan
Dengan jadualnya
yang ketat, Kassim meluangkan masa untuk keluarganya. Kerapkali petang
Sabtu, beliau mengadakan perbincangan dengan anggota keluarganya tentang
hal-hal keluarga dan tentang ajaran-ajaran Quran. Beliau suka bermain
dengan lima orang cucunya, empat daripadanya tinggal di P.Pinang. Kassim suka
menjemput kawa-kawannya untuk makan tengah hari dan kadang-kadang untuk
minum kopi selepas makan malam untuk berbincang-bincang. Isterinya,
Shariffah Fawziah binti Syed Yusoff Alsagoff, anak kedua kepada seorang
pegawai polis di Selangor, berkahwin dengan beliau pada 1960 dan
melahirkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.. Dia
mengongsi pandangan hidup suaminya serta membantu kerja-kerjanya.
|