|
|
SIAPAKAH
MANUSIA? Oleh: Lukman Hakim
Biar saya mulakan kolum ini dengan membincang secara ringkas soalan
siapakah itu manusia. Dalam adegan, pemandangan 2, watak utama dalam drama
Shakespeare dengan nama yang sama, Hamlet,
bertanya: "Ciptaan apakah
ini manusia …?" yang nampak begitu hebat!
Mengikut ajaran Quran, manusia atau insan dijadikan dari tanah
(6:2), dari segumpal darah (96:2), dari air mani yang terpancar (75:37). Namun demikian, perkara pertama yang harus kita faham ialah
manusia dijadikan Tuhan sebagai khalifah di Bumi (Lihat Quran, 2:30).
Khalifah ertinya pengganti atau raja. Ini bermakna manusia suatu makhluk
yang mengganti satu makhluk lain sebelum ini, dan dia juga berpotensi
menjadi raja yang boleh mentadbirkan dirinya dan dunia.
Dalam sebuah ayat lain yang dahsyat yang sama maknanya, Tuhan
menawarkan tanggungjawab memerintah dunia kepada langit, bumi dan
gunung-ganang, tepai mereka menolak tawaran ini kerana takut tidak boleh
melaksanakannya dengan baik. Sebaliknya, manusia menerima tawaran
berat ini. Ini membuktikan bahawa dia mempunyai satu destini yang
besar, yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain. (Lihat Quran,
33:72)
Ini perkara pertama yang mesti kita tahu tentang manusia, yakni
diri kita. Perkara kedua, manusia itu hamba Allah, Yang menjadikan dia dan menjadi langit dan bumi, mengikut suatu pertauran yang dipatuhi oleh langit dan bumi tanpa pilihan, tetapi yang mesti juga dipatuhi oleh manusia secara sukarela. Ini kerana manusia berbeza daripada makhluk-makhluk lain kerana dia diberi akal oleh Tuhan dan harus memilih antara yang baik dan yang jahat. Cerita Adam dan Hawa, yang melambangkan manusia pertama, dinyahkan dari syurga kerana melanggar perintah Tuhan daripada mendekati "pohon ini" (Lihat Quran, 2:35) menunjukkan bahawa "pohon ini" merupakan sempadan antara makhluk yang bersifat kebinatangan dengan makhluk yang bersifat kemanusiaan. Sempadan ini sarat dengan bahaya, kerana jika makhluk ini melangkah sempadan ini, ia mesti bertanggungjawab atas segala apa yang dia lakukan. Sempadan ini tidak lain dari ilmu atau kesedaran tentang baik dan jahat. Sebelum ini, makhluk ini tidak lebih daripada binatang yang bertindak mengikut nalurinya. Sekarang makhluk ini mencapai taraf manusia atau dalam istilah sains, Homo Sapiens, makhluk yang berakal. Dari segi sejarah perkembangan hayat di Bumi, ia merupakan suatu detik yang kritikal. Sebab itu Tuhan melarang Adam dan isterinya mendekati pokok itu, tetapi tidak pula Dia menghalang mereka daripada melangggar perintah-Nya. Ini membuktikan bahawa makhluk manusia tidak dapat tidak mesti melalui proses pemanusiaan.
Inilah perkara kedua yang harus kita fahami tentang manusia. Dia
hamba Tuhan yang diberi kebebasan untuk mentaati atau mengingkari-Nya.
Seeloknya, dia mesti taat secara sekarela. Inilah manusia yang dinamakan
mukmin.
Perkara di atas membawa kita secara logik kepada perkara ketiga.
Perkara ketiga ialah, dengan kebebasan,
manusia boleh membantah perintah Tuhan dan menjadi seorang
pemberontak. Ini menyebabkan manusia berpecah menjadi dua jenis: manusia
beriman dan manusia kafir. (Lihat Quran, 64:2) Cerita dua orang anak Adam
yang berkelahi hingga seorang daripadanya membunuh saudaranya (Lihat Quran
5:27-31) membuktikan kewujudan dua jenis manusia ini.
Dua jenis manusia ini berpecah pula menjadi tiga jenis: mukmin,
kafir dan munafik. (Lihat Quran, 2:8-10) Kedua-dua kafir dan munafik tidak
beriman kepada Tuhan, tetapi yang munafik itu lebih berbahaya kepada
manusia, kerana mereka berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir.
Apabila Tuhan nyahkan Adam dan Hawa daripada syurga pertama
(kehidupan tanpa kesedaran), Dia menjanjikan mereka petunjuk yang akan
dikirim kepeda mereka dari semasa ke semasa. Selagi mereka mengikut
petunjuk ini, mereka akan selamat. Mereka yang menolak petunjuk ini akan
menderita azab neraka. (Lihat Quran, 2:36-39).
Inilah perkara keempat yang harus kita sedari. Iblis atau Syaiatan,
yang melambangkan prinsip pemberontakan terhadap Tuhan (Lihat Quran, 2:
34-26), telah memecahkan manusia, melalui komplot dan hasutanya, kepada
tiga jenis: mukmin, kafir dan munafik. Namun demikian, Tuhan telah
berjanji kepada orang mukmin bahawa selagi mereka kekal mukmin dan
berjuang di jalan-Nya, mereka akan dapat mengatasi musuh-muush mereka dari
kalangan orang-orang munafik dan kafir dan akan mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat. (Quran, 40:51) Sebaliknya,
jika mereka membenarkan diri mereka diperdayakan oleh dan tunduk kepada
Syaitan, mereka akan gagal dan menderita azab neraka. (Quran, 17:22) Perkara keempat ini,
nampaknya, menjelaskan kepada kita bahawa manusia tidak boleh lari
daripada panduan Tuhan
melalui kitab-kitab-Nya yang dikirim kepada ramai nabi dan rasul. Seperti
yang diketahui oleh orang Islam, panduan Tuhan yang terakhir, lengkap dan
sempurna terkandung dalam Quran.
Perkara di atas menunjukkan bahawa akal manusia, walaupun tinggi
nilainya dari segi ajaran Quran, mesti menyelaraskan saranan-saranannya
dengan petunjuk daripada wahyu Ilahi. Ayat 100, surah 10 dengan jelas
menunjukkan keselarasan akal dengan iman dari segi ajaran Islam. Kita
menekankan perkara ini, kerana terdapat zaman-zaman dalam sejarah manusia
apabila manusia menadi rasionalis pelampau. Satu daripada zaman itu ialah
abad kelapan belas Eropah. Abad ini dikenal dalam sejarah Eropah sebagai The
Enlightentment atau The Age of
Reason.
Sempadan antara akal yang betul dengan iman yang betul boleh
menjadi sangat samar atau sangat berbahaya. Kita telah melihat zaman-zaman
apabila nama Tuhan telah digunakan untuk melakukan penipuan dan penindasan
yang dahsyat. Kita juga telah melihat zaman-zaman apabila atas nama akal
rasional kezaliman dilakukan. Oleh yang demikian, kita mesti
berhati-hati supaya pegangan kita kepada agama atau kepada akal rasional
tidak sampai peringkat fanatik hingga boleh mendorong kita menjadi zalim.
Keempat-empat perkara ini perkara-perkara asas bagi manusia, di
samping prinsip kesatuan manusia. (Quran, 31:28) Ciri-ciri asas ini
berlaku bagi semua bangsa, termasuk bangsa Melayu, atau bangsa Malaysia
yang sedang kita bina. Ini tidak bermakna semua bangsa di dunia mempunyai
ciri-ciri yang sama. Kita berbeza dari segi bahasa, budaya, adat-resam,
sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan juga undang-undang. Kepelbagaian
ini wujud dalam satu kesatuan kemanusiaan.
Saya akan menutup rencana pertama ini dengan menghuraikan sedikit
lagi tentang konsep manusia sebabagi khalifah. Perlu diingat bahawa para
malaikat membantah cadangan Tuhan hendak mencipta khalifah ini dengan
alasan dia akan merosakkan dunia serta menumpahkan darah. (Lihat Quran,
2:30) Cerita ini ialah kiasan yang merujuk kepada sifat kebinatanag
manusia, tetapi Tuhan Yang Maha Mengetahui tahu akan potensi manusia
sekiranya ia senantiasa meningkatkan dirinya dari segi akal rasionalnya,
termasuk moral dan spiritualnya. Oleh itu, Tuhan memerintahkan para
malaikat sujud kepada manausia. (Lihat Quran, 2:34).
Demikianlah hebatnya manusia hingga segala tenaga alam diperitah
oleh Tuhan berkhidmat kepadanya! Oleh
yang demikian, yakinlah orang mukmin boleh memerintah dunia dengan adil
dan menjadikannya sebuah taman firdaus, sekiranya mereka mencapai potensi
mereka, seperti yang kita huraikan di atas. ***** |