|
|
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha PengasihJEMA’AH AL-QURAN MALAYSIA 80 Jalan Gajah, 11200 Tg. Bunga, Pulau Pinang, Malaysia TEL. 604-2645072. FAKS. 2645073. Mel-e: <kassim@pc.jaring.my> Laman: < http://www.stormloader.com/qsmjam> 15
Mei, 20000 Kepada: Anggota-anggota
Jawatankuasa Penaja Pusat
& Negeri & Jemputan Di
tempat masing-masing. ……………………. ……………………. ……………………. ……………………. Sdr/i
Yth. Usrah
31 & Perjumpaan Tahunan
Assalamu
`alaikum.
Surat
saya bertarikh 8 Mei menyebutkan tarikh yang silap bagi usrah di atas.
Saya meminta maaf. Tarikh yang betul ialah 20
Mei (Sabtu) mulai pukul 2.30 petang di No. 14, Ting. 1, Blok 123,
Wisma KGN, Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang (dekat dengan pejabat
Koperasi Pelaut P. Pinang). Agenda
usrah ini ialah: (a) Prinsip No. 8 oleh Dr.Md. Yusoff,
(b) Laporan Sdr Abd. Aziz tentang kemajuan buku JAM, (c) Laporan
tentang perjumpaan di Kuala Lumpur, dan (d) Agenda Perjumpaan Tahunan JAM
pada 17-18 Jun. Oleh
kerana mesyuarat ini penting, harap Sdr/i
dapat meluangkan masa untuk hadir.
Sila ambil perhatian bahawa Perjumpaan Tahunan JAM akan diadakan di
Pulau Pinang pada 17-18 Jun, 2000. Saya harap wakil-wakil dari semua
kawasan di Malaysia dan juga dari Singapura dapat hadir. Acaranya akan
diberitahu kemudian. Tempat penginapan dan makan akan disediakan. Tolong
beritahu kepada Sekretariat kehadiran wakil/pemerhati dari kawasan Sdr
pada atau sebelum 9 Jun. Jika Sdr/i ada apa-apa cadangan untuk perjumpaan
ini, sila beritahu kepada Sekretariat segera. Terima
kasih. Dengan
salam sejahtera. Yang
ikhlas, (Kassim Ahmad) s.k. Sdr Setiausaha
|