|
|
CATATAN
PERBINCANGAN JAM PADA
29 APRIL, 2000 Tarikh : 29 April, 2000 Masa : 8.30 malam. Sdr Zahrain telah memulakan perbincangan dengan memperkenalkan para hadirin dan meminta Sdr Kassim, selaku Ketua JAM (Jema`ah Al-Quran Malaysia), untuk menerangkan perjuangan JAM untuk mengembalikan orang Islam di Malaysia kepada ajaran Islam yang sebenar dalam Quran. Sdr Kassim megucapkan terima kasih kepada Sdr Zahrain, yang sanggup menjadi tuan-rumah kepada perjumpaan, dan kepada hadirin yang sudi hadir. Beliau menceritakan latarbelakang penubuhan JAM dari penerbitan buku beliau Hadis -- Satu Penilaian Semula pada 1986 dan tertubuhnya JAM pada 11 Jun, 1955 dengan tujuan untuk mengajak masyarakat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar5 dalam Quran. Bangkangan dari Pusat Islam dan Majlis-Majlis Agama Negeri berdasarkan hujah bahawa JAM anti-Hadis menyebabkan JAM tidak dapat didaftarkan dan bergerak seperti pertubuhan-pertubuhan lain. Beliau menerangkan bahawa JAM bukan anti, tetapi kritikal terhadap Hadis, dan meminta supaya hadis-hadis yang bercanggah dengan ajaran Quran ditolak. Permintaan JAM untuk dialog juga ditolak. Walau bagaimana pun, beliau berpendapat perjuangan ini sangat penting bagi masyarakat Melayu untuk berjaya, dan perlu diteruskan. Beliau menerangkan bahawa ramai juga cerdik-pandai kita yang faham dan bersetuju dengan perjuangan ini, tetapi oleh kerana kita belum punyai saluran-saluran yang sah, kita tidak dapat menggembelingkan sokongan itu. Beliau meminta golongan cerdik-pandai kita (dari kalangan politik, akademik dan swasta) melibatkan diri mereka dalam perjuangan ini supaya ia boleh berkembang cepat dan berjaya. Beliau menyatakan bahawa gerakan JAM memerlukan satu pertubuhan yang sah yang boleh menganjurkan persidangan, seminar, ceramah dan foram, dan menerbitakan buku, risalah dan akhbar untuk menyibarkan perjuangan ini. Beliau meminta pandangan hadirin tentang perkara ini. Beberapa soalan dan pandangan tentang sukarnya perjuangan ini, tentang ulama, tentang perlunya sistem pendidikan dan lain-lain telah dikemukakan oleh hadirin. Sdr. Kassim menjawab, walaupun perjungan ini sukar, ia boleh berjaya, kerana ia berdasarkan kebenaran. Tentang memperbaiki sistem pendidikan, beliau berkata kerja kita meliputi semua bidang, bukan pendidikan dan wanita saja, dan kita mesti menggunakan pelbagai kaedah. Nama-nama Dato' Prof. Mazlan bt.Othman dan Dato' Prof Sharifah Barlian disebut untuk dihubungi. Keputusan tentang cadangan Sdr Zahrain untuk menubuhkan sebuah yayasan untuk menerima sumbangan dari orang ramai dan sumber-sumber lain untuk membiayai aktiviti gerakan ini ditangguhkan. Sementara itu, satu cadangan diterima supaya dirundingkan dulu dengan pertubuhan Sisters-in-Islam apakah mereka sanggup memperluaskan organisasi dan skop aktiviti mereka untuk mencakupi kaum lelaki dan mencakupi semua bidang. Majlis bersurai pada pukul 11.30 malam dengan ucapan terima kasih kepada Sdr Zahrain, selaku tuan rumah. |