|
|
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha PengasihJEMA’AH AL-QURAN MALAYSIA 80 Jalan Gajah, 11200 Tg. Bunga, Pulau Pinang, Malaysia TEL. 604-2645072. FAKS. 2645073. Mel-e: <kassim@pc.jaring.my> Laman: < http://www.stormloader.com/qsmjam> 20
Jun, 20000. Kepada: Anggota-anggota
Jawatankuasa Penaja Pusat
& Negeri & Jemputan Di
tempat masing-masing. ……………………. Sdr/i
Yth. Surat
Ketua No. 33 Assalamu
`alaikum. 1.
Perjumpaan Tahunan Ke-5 JAM Perjumpaan
Tahunan kita yang kelima di Hotel 1926 di P. Pinang pada17-18 Jun telah
berlangsung dengan baik. Walaupun kehadiran patut lebih daripada 30 orang,
perbincangan pada ketiga-tiga sidang, iaitu sidang Mesyuarat Tahunan JAM,
sidang Forum,dan sidang Ceramah, sungguh
baik. Forum di atas tajuk: "Perpecahan di Kalangan Umat Islam:
Punca dan Penyelesaian" dihadiri oleh kira-kira 60
orang.Anggota-anggota panelnya ialah Datuk Hj Mohd Nakha`ie Ahmad, Yang
Dipertua YADIM, Cik Zainah Anwar, Pengarah Ekekutif Sisters-in-Islam, Dr.
Haris Md. Jadi, bekas pensyarah USM dan Sdr Kassim Ahmad, Pengerusi JAM. Sidang
ketiga terdiri dari tiga ceramah yang diberi oleh (i) Cik Zainah Anwar
tentang pengalaman Sisters untuk membawa perubahan membaiki kedudukan
wanita Islam dari segi Undang-undang Islam, (ii) Prof. Madya Mohd Abdad
Zain dari Jabatan Politik USM tentang usaha-usaha untuk membangunkan
sebuah ekonomi Islam, dan (iii) Dr. Md Yusoff dari Pusat Komunikasi USM
tentang globalisasi dan Islam. Mungkin
kita akan mengeluarkan sebuah laporan atau risalah tentang
perbincangan-perbincangan dalam sidang-sidang forum dan ceramah pada masa
akan datang. 2.
Penubuhan Syarikat "Bait`ul-Hikmah"
Satu keputusan penting yang dicapai dalam sidang Mesyuarat Jam
ialah penubuhan sebuah syarikat bernama "Bait`ul-Hikmah Bhd."
untuk mencapai matlamat dan menjalan aktiviti-aktiviti yang telah
dirangkakan untuk JAM. Perkara ini kita harap dapat kita laksanakan
seberapa segera supaya kita boleh memulakan aktiviti kita. 3.
Perbelanjaan Perjumpaan Tahunan
Jumlah perbelanjaan Perjumpaan Tahunan kita yang baru lalu ialah:
RM 5091.00
. Jumlah kutipan pendaftaran dan derma ialah: RM 3,400. Kita
kekurangan RM 1,691.90. Kita telah menyediakan makanan dan minuman bagi 70
orang, tetapi yang hadir kira-kira 40 orang saja.
3.
Sekali Lagi Soal Salat dan Hadis
Sesetengah anggota kita masih tidak jelas tentang perkara ini.
Harus kita faham bahawa salat itu berasal dari Nabi Ibrahim (Quran,
2:127-28), bukan dari Nabi Muhammad, seperti yang didakwa
dalam hadis. Salat diturunkan generasi demi generasi dari Nabi
Ibrahim hingga ke Nabi Muhammad dan seterusnya hingga datang kepada kita
sekarang. Oleh yang demikian, salat itu sudah menjadi satu cara sembahyang
yang khusus bagi orang Islam. Cara yang kita terima turun-temurun ini
boleh dipakai dengan syarat cara itu tidak bercanggah dengan ajaran Quran.
Umpamanya, waktu, uduk, berpakaian elok, berdiri mengadap qiblat, bacaan
dengan suara sederhana, tidak menyeru selain Allah, ruku' dan sujud itu
disebut dalam Quran. Yang lain yang tidak disebut, seperti apa yang patut
dibaca dan rakaat, dan dengan demikian boleh kita lakukan mengikut
kelaziman atau mengikut kesesuaian.
Berdasarkan ajaran Quran, kita boleh menerima hadis, atau apa-apa
ajaran lain, sekiranya mereka tidak bercanggah dengan Quran. Inilah ukuran
kesahihan yang sebenar. Kesahihan yang ditetapkan oleh ulama dulu
berdasarkan kefahaman mereka dan tidak boleh kita ikut secara taqlid.
Dalam dua buku saya, Hadis -- Satu
Penilaian Semula (1986) dan Hadis
-- Jawapan Kepada Pengkritik (1962), saya telah menunjukkan beberapa
hadis yang didakwa sahih oleh Bukhari dan Muslim bercanggah dengan
ajaran-ajaran Quran. 4.
Jalan Yang Lurus -- Teori Ketiga
Prof. Madya Mohd. Abdad, dalam ceramahnya kepada kita tentang
ekonomi, telah menarik perhatian kita kepada beberapa perkara yang
penting. Antara lain ialah jalan ketiga yang dianjurkan oleh Islam antara
kapitalisme dan komunisme. Ini memang telah diakui oleh cendekiawan Islam
sejak tida dekad yang lalu. Malah Muammar Gadhafi telah menulis tentang
apa yang beliau panggil Teori Internasional Ketiga.
Teori Ketiga ini diambil dari ajaran Quran dalam Surah Al-Fatihah:
satu jalan lurus di antara dua jalan yang menyeleweng. "Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau berikan nikmat, bukan
mereka yang Engkau murkai dan mereka yang menyeleweng."
Cendekiawan kita hendaklah mengkaji implikasi-implikasi falsafah
dari ayat ini dan merangka politik dan ekonomi-politik Islam daripadanya. 5.
Globalisasi
Dr. Md. Yusoff, dalam kertasnya, telah membentang cabaran-cabaran
globalisasi kepada Islam. Seperti yang beliau katakan, globalisasi dalam
ertikata kesatuan dunia bukan perkara baru. Apabila Lautan Teduh (Pasifik)
dan Lautan Atlantik dilintasi, maka dunia internasional terbuka. Malah
Tuhan telah mengisytiharkan Nabi Muhammad sebagai pesuruh-Nya bagi seluruh
dunia (Quran, 7:158) dan asykar-asykar Arab telah sampai ke Eropah dan
pedagang-mubaligh Arab ke India, Asia Tenggara dan China dalam masa yang
singkat. Seperti kata ahli falsafah Pakistan, Mohammad Iqbal, Islam dalam
zaman Nabi Muhammadlah yang memulakan babak internasional dalam sejarah
manusia di bumi.
Proses globalisasi pada hari ini, malangnya, ditentukan oleh kuasa
imperialis Inggeris-Amerika, sepertimana proses internasionalisme dari
abad kelima hingga ke abad kesembilan belas ditentukan oleh penjajah
Eropah. Mereka menguasai ekonomi, sains dan teknologi dunia, dan, dengan
demikian, menguasai dunia. Ini adalah kerana umat Islam sendiri telah
memilih cara hidup pasif dan mistis dan meninggalkan dunia untuk dikuasai
oleh bangsa-bangsa Eropah yang lebih aktif dan dinamik. Masanya sudah tiba
bagi umat Islam bangkit semula dari tidur mereka yang lama dan dengan
menjiwai diri mereka dengan semangat ketuanan (khalifah Allah di bumi) dan
semangat jihad di jalan Allah untuk menumpaskan sistem kolonial-feudal
lama yang bobrok untuk membangunkan sebuah dunia yang aman dan adil.
6.
Perkahwinan Monogami Sdr
Zainah Anwar ialah Pengarah Eksekutif Sisters-in-Islam yang telah terkenal
di negara dengan perjuangan mereka tentang hak-hak wanita Islam. Kita
mengalu-alukan pertubuhan ini dan menyokong perjuangan mereka. Namun
demikian, kenyataan beliau tentang perkahwinan dalam sidang ceramah beliau
kepada kita tidak dapat kita persetujui sepenuhnya. Adalah jelas bahawa
ajaran Quran tentang perkahwinan ialah perkahwinan monogami pada
prinsipnya, tetapi membenarkan lelaki yang berkemampuan mengawini sampai
empat isteri, di bawah syarat-syarat yang ketat. (Rujuk Quran, 4:3, 129).
Nyatalah tujuan ajaran ini ialah untuk membolehkan masyarakat menolong
wanita-wanita bujang dan anak-anak yatim mereka dari segi kewangan, emosi
dan kemasyarakatan. Mengikut
laporan akhbar, ada 600,000 ibu tunggal di negara kita. Termasuk anak-anak
yang bergantung kepada mereka, jumlah ini menjadi 2.6 juta orang! Ini satu
jumlah yang sangat besar. Walaupun saya tidak mempunyai data yang pasti,
saya fikir 85% daripada ibu tunggal ini tergolong ke dalam ketogori
miskin. Tidakkah masyarakat bertanggunjawab atas keadaan kewangan dan juga
emosi mereka dan anak-anak mereka? Saya fikir inilah sebabnya kelonggaran diberi oleh Tuhan
tentang poligami dalam Quran.
Sila kaji surat ini serta beri komen.
Terima kasih.
Dengan salam sejahtera.
Yang ikhlas
Kassim (Kassim Ahmad)
s.k.
Sdr Setiausaha |