|
|
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha PengasihJEMA’AH AL-QURAN MALAYSIA 80 Jalan Gajah, 11200 Tg. Bunga, Pulau Pinang, Malaysia TEL. 604-2645072. FAKS. 2645073. Mel-e: <kassim@pc.jaring.my> Laman: < http://www.stormloader.com/qsmjam> 10
April, 20000. Kepada: Anggota-anggota
Jawatankuasa Penaja Pusat
& Negeri & Jemputan Di
tempat masing-masing. ……………………. ……………………. ……………………. ……………………. Sdr/i Yth. Surat
Ketua No. 32 Assalamu
`alaikum. 1.
1.
Tujuan JAM Seperti
yang kita maklum, ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan: dari
ibadah keagamaan ke undang-undang, falsafah, sains, ekonomi, politik,
kemasyarakatan, teknologi dan seni dan kebudayaan. Tiap-tiap bidang ini
mempunyai fungsi dan peranan masing-masing, tetapi bidang yang terpenting
ialah falsafah, kerana falsafahlah yang menentukan ajaran dan amalan dalam
bidang-bidang lain. Fahaman tauhid, pokok
ajaran Islam, termasuk ke dalam bidang falsafah tinggi atau
metafizika. Tujuan
JAM ditubuhkan ialah untuk mengajak rakyat kita balik kepada ajaran Islam
yang sebenar, seperti yang terdapat dalam kitab Tuhan yang terakhir, iaitu
Quran. Seperti yang kita tahu, satu daripada ajaran yang telah memesongkan
masyarakat kita dari jalan kebenaran Ilahi ialah ajaran Hadis. Di samping
itu, dua ajaran besar lain telah juga memesongkan rakyat kita, iaitu
ajaran liberalisme kapitalis dan ajaran komunisme Marxis. Walaupun
JAM tidak didaftarkan sejak ia ditubuhkan pada 11 Jun, 1995, gerakan kita
telah berjaya menekankan pengaruhnya melalui aktiviti kita, khasnya
penulisan. Ini dapat dilihat dari perubahan fikiran yang menekankan ajaran
Quran di sesetengah kalangan rakyat kita sekarang. Setelah
melihat reaksi pelbagai pihak dalam masyarakat selama lebih 13 tahun
setelah buku HSPS diterbitkan, saya berpendapat tidak ada kemungkinan JAM
akan didaftarkan, disebabkan oleh ketakutan pihak berkuasa kepada
kemungkinan tercetusnya kekacauan dan keganasan oleh golongan fanatik.
Oleh yang demikian, kita harus sanggup mengubah-suai strategi kita. Kita
harus menumpu kepada pengeluaran risalah dan buku. Kita juga harus
merancang penubuhan sebuah institut untuk menganjurkan persidangan dam
forum dan juga menerbitkan buletin. Ini
semua memerlukan penglibatan tenaga intelektual dan profesional yang agak
besar dan juga satu tabung kewangan yang mencukupi. Memandang bahawa
tenaga intelektual dan profesyional ini ada terpendam, saya fikir tidak
mustahil idea-idea ini boleh dilaksanakan. Pada
tahun ini, kita akan menerbitkan sebuah buku mengandungi dokumen-dokumen
penting tentang JAM dan sebuah risalah tentanag hadis-hadis yang
bercanggah dan yang tidak bercanggah dengan ajaran Quran. Kita
perlu bincang cadangan-cadangan ini dalam perjumpaan tahunan yang akan
kita adakan nanti. Sementara itu, berilah pendapat melalui surat atau
e-mail tentang perkara ini. 2.
Perpecahan
Masyarakat Melayu
Nyatalah
pemecatan Anwar Ibrahim telah memecah-belahkan masyarakat Melayu. Ini
jelas dari keputusan pilihanraya umum lalu. Peristiwa Anwar Ibrahim
mendedahkan dua perkara yang dulunya tidak begitu diketahui oleh umum,
iaitu komplot imperialis Inggeris-A.S. untuk menguasai Malaysia dan
kepetualangan parti PAS bersekongkol dengan penjajah. Ingat
kembali apabila kaum penjajah Inggeris-A.S. memimpin pakatan 30 buah
negara untuk menyerang Iraq dengan bertopengkan pembebasan Kuwait,
Malaysia yang menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan P.B.B. pada
waktu itu, menyokong Amerika dan menentang Iraq. Kemudian apabila matawang
kita diserang oleh Soros dan pemimpin-pemimpin tinggi A.S. terang-terang
campur tangan dalam urusan dalm negeri kita menyokong Anwar dan menentang
Dr. Mahathir, barulah kita sedar bahawa penjajah di Iraq adalah juga
penjajah di Malaysia, malah penjajah di seluruh dunia!
Kita
menghadapi masa depan yang penuh bahaya. Walaupun penjajah Inggeris-A.S.
sedang sakratul-maut (sistem kewangan "pasaran bebas" mereka
sedang runtuh dengan cepat dan dasar mereka untuk menggulingkan Saddam
Hussein mengahadapi jalan buntu), mereka akan berusaha untuk meruntun
semua supaya tenggelam bersama mereka! Kita mesti cepat-cepat meninggalkan
kapal yang sedang karam ini (sistem imperialis) dan menyelamatkan diri
kita dengan menaiki kapal yang dibuat oleh Tuhan sendiri (sistem Ilahi).
Apakah sistem Ilahi? Ringkasnya ialah sistem yang meletakkan manusia,
individu dan kolektif, di tempat yang mulia, dalam satu masyarakat yang
adil dan sejahtera, bukan seperti dalam sistem imperialis-feudal sekarang
di mana segelintir golongan oligarki memperhambakan dan menindas rakyat
ramai. Perpecahan
masyarakat Melayu hanya boleh diatasi dengan kembali kepada ajaran Tuhan
dalam Quran, iaitu mewujudkan semula hubungan persaudaraan antara orang
mukmin, berunding mengenai semua masalah yang diperbantah, dan berunding
untuk mencari muafakat dengan berhakimkan kitab Ilahi.
3.
Usrah ke 31
Usrah kita yang ke-31 akan
diadakan pada 15 April (Sabtu) mulai pukul 2.30 petang di No. 14, Ting.
1, Blok 123, Wisma KGN, Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang (dekat dengan
pejabat Koperasi Pelaut P. Pinang). Antara perkara yang akan kita bincang ialah: (a) Prinsip No.
7 oleh Dr.Md. Yusoff, dan (b) Perjumpaan tahunan JAM. Dengan
salam sejahtera. Yang
ikhlas, (Kassim Ahmad)
s.k. Sdr Setiausaha |