Free Hosting : Credit & Debt : Free Web Hosting : Best Credit Cards  

JAM/QSM Homepage

Topic/Topik
Introduction/ Pengenalan
Biographical Data  /Biodata
Pearl of Wisdom/ Mutiara Hikmah
Politics/Politik
Economy/Ekonomi
Science/Sains
Religion/Agama
Criticism/Kritikan
Philosophy/Falsafah
General/Umum
News/Berita

 

PENILAIAN RINGKAS TERHADAP TAFSIR KLASIK

Oleh: Kassim Ahmad

Ahli-ahli tafsir klasik mengunakan kaedah usul fiqh untuk mentafsirkan Quran dengan berpegang kepada fahaman bahawa (a) Hadis mentafsirkan Quran, dan (b) bahawa Ijmak menentukan kesahihan hadis dan juga kesahihan tafsiran ayat-ayat Quran itu sendiri. Kaedah ini telah menambatkan ahli-ahli tafsir itu kepada Hadis dan Ijmak dan membataskan skop mereka untuk mengembangkan ilmu tafsir.

Kaedah ini juga bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran, yang menyatakan bahawa (a) Tuhanlah yang mengajar Quran kepada manusia (55:1-2; 75:19; 96:4-5), (b) Tuhan dan orang-orang yang pakar dalam bidang-bidangnya saja yang mengetahui makna ayat-ayat mutasyabihat (3:7), dan (c) Tuhan mewariskan Quran kepada sesiapa yang Ia pilih dan tidak kepada sesuatu golongan tertentu, seperti ulama, yang didakwa dalam hadis. (35:32)

Saya telah menghuraikan sedikit kesulitan-kesulitan yang ditemui dalam tafsir lama akibat mengikut kaedah usul fiqh ini dalam buku Hadis -- Jawapan Kepada Pengkritik (sila lihat h. 69-75).

Suatu pendekatan yang diikut oleh sesetengah ahli tafsir kaum Syiah ialah pendekatan mistik (contoh Ibn Arabi). Pendekatan ini boleh menimbulkan kesilapan tafsiran yang sewenang-wenang, yang tidak dimaksudkan oleh Quran. Hal ini telah diperingatkan oleh Tuhan dalam ayat 3:7 itu sendiri.

Dalam ilmu terjemahan, seseorang penterjemahan mestilah setia kepada teks asal, khasnya dari segi makna. Dia haruslah menterjemahkan makna yang ada dalam teks asal setepat mungkin. Dia tidak ada hak untuk mengubah, meminda atau menokok-tambah makna yang asal. Untuk mendapat makna yang asal dengan setepatnya, dia mestilah menggunakan prinsip-prinsip kesatuan teks dan kelogikan teks yang saya sebut sebagai prinsip-prinsip 2 dan 3 dalam HJKP. (Lihat h. 68)

Prinsip kritikan saintifik perlu dikenakan kepada semua ilmu, termasuk ilmu tafir, jika ilmu itu mahu dikembangkan. Penutupan pintu ijtihad, yang nyata berlaku, sama ada diiktiraf atau tidak, telah membekukan semua ilmu dalam masyarakat Islam, termasuk ilmu tafsir.

(Tamat)